Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Sunday, January 27, 2013

SOTONG SAMBAL CUKA

Sotong Sambal Cuka


Bahan-bahannya:
500 gm sotong dibersihkan, dibuang dakwat, tulang lembut & gigi sotong
4 keping hirisan halia dimayang halus
4 biji bawang besar holland dicincang @ dimayang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
4 sudu makan cuka
2 sudu makan gula@ secukup rasa
1 sudu makan paste cili dalam minyak (paste cili sanggai, ummi beli raedy made, biasanya kedai makan thai guna ni)
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa (Ummi guna cukup rasa)
sedikit minyak untuk menumis


           

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih & halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga sebati.
3. Masukkan garam, gula, cuka & perasa, kacau hingga sebati dan pekat.
4. Masukkan sotong, kacau 5 minit, angkat & sedia untuk dihidang.
5. Hiaskan dengan daun salad & tomato.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...