Singgang Bendi
Bahan-bahannya:
16 biji bendi dibasuh bersih kemudian barulah dipotong sedikit hujung & pangkal untuk elakkan keluar lendir yang berlebihan
5 biji cili padi (kalau nak pedas diketuk)
1 biji bawang merah besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang halus
4 keping hirisan halia dimayang halus
4 keping hirisan lengkuas
1 keping asam gelugor
4 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali bendi. Masak hingga mendidih
2. Masukkan bendi, biarkan sehingga layu.
3. Angkat, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment