Pizza Roti Arab Shimeji Nugget Tempura
Bahan-bahannya:
6 keping roti arab ready made
150g cheddar cheese diparut
1 sudu teh serbuk cili.
10 keping nugget tempura marina dihiris kecil dadu
1 biji bawang besar holland dimayang halus
1 sudu besar serbuk origano
250g cendawan shimeji dipotong akar, dibasuh bersih & ditoskan
Planta secukupnya
Sos Cili Thai Life secukupnya
Minyak untuk menumis
1. Tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan nugget tempura & serbuk cili. Kacau hingga sebati.
3. Angkat, sedia untuk digunakan sebagai topping pizza.
4. Ambil sekeping roti arab, terbalikkan, sapukan bahagian tapak roti hingga rata dengan planta.
5. Sapu bahagian permukaan depan roti dengan sos cili sehingga rata.
6. Susun cendawan diatasnya, kemudian taburkan topping sehingga rata.
7. Akhir sekali taburkan cheese diatasnya.
8. Panaskan periuk Tupperchef, sapukan dengan sedikit minyak didalamnya, bakar dengan api yang perlahan selama 7 minit@ sehingga masak. (Boleh juga guna oven dsb.)
9. Angkat, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment