Cendawan Crunch
Bahan-bahannya:
500gm cendawan kelabu, dicarikkan, dibasuh bersih & ditoskan
1 biji telur ayam
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 satu cawan serbuk roti (bread crumb)
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kari
sedikit bahan perasa
minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1. Gaulkan cendawan dengan telur sehingga sebati.
2. Satukan bahan salutan seperti tepung gandum, tepung beras, serbuk roti, garam, serbuk kari, serbuk cili & bahan perasa hingga sebati.
3. Ambil beberapa keping cendawan tiram, golekkan diatas bahan salutan sehingga cendawan sempurna disaluti dengan tepung.
4. Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
5. Angkat, toskan minyak, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment