Nasi Goreng Kari
Bahan-bahannya:1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 sudu makan serbuk kari daging
1/2 biji bawang besar holland dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang
2 biji telur
5 tangkai kacang panjang dipotong kecil
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Maukkan bawang besar, kacau hingga layu.
2. Masukkan rempah kari, kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga berketul & kering.
4. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
5. Masukkan nasi & kacang panjang, kacau sehingga nasi kering & tidak melekat.
6. Angkat, hiaskan dengan daun ketumbar & tomato ceri.
No comments:
Post a Comment