Pucuk Paku Goreng Rencah Bilis
Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk paku dipotong (ambil bahagian lembut), dibasuh bersih & ditoskan.
4 tangkai cili kering dipotong kecil
1/2 cawan ikan bilis dibasuh bersih
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar bombay dimayang halus
2 sudu makan kicap cair/secukup rasa (tak payah letak garam sebab kicap dah masin)
gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis (ummi guna minyak zaitun)
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang bombay, kacau hingga kekuningan.
2. Masukkan ikan bilis kacau sekejap hingga 1 minit anggaran) ikan bilis masak.
2. Masukkan pucuk paku, cili kering, kicap, gula & perasa. Kacau hingga layu.
3. Angkat dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment