Kupang Sambal Mangga Limau Purut
Bahan-bahannya:
1 kg kupang dibasuh bersih & ditoskan
3 biji bawang besar holland dikisar
1 biji isi mangga muda dikisar
1 cm halia dikisar
4 ulas bawang putih diketuk
3 helai daun limau purut dihiris halus
4 sudu makan cili boh
sedikit air
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga rempah masak
3. Masukkan cili boh, garam, gula & bahan perasa, kacau hingga berkilat/naik minyak.
4. Masukkan kupang & sedikit air, kacau sehingga kupang masak/ terbuka.
5. Masukkan hirisan daun limau purut, kacau sekejap & angkat.
6. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment