Bacalah Walau Sedetik

Hazrat Suhail r.anhu berkata bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berdirinya salah seorang dari kalian sesaat dijalan Allah SWT adalah lebih baik daripada segala amalan kebaikan yang dilakukan sepanjang hayat di keluarganya (rumahnya). (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Thursday, June 27, 2013

NASI GORENG BEBOLA DAGING TOMATO

 
Nasi Goreng Bebola Daging Tomato

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1/2 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu makan pes cili maepranom
2  biji telur
2  biji tomato dipotong dadu
8 biji bebola daging dihiris nipis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Hirisan kobis secukupnya
Minyak untuk menumis


         

         

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang  besar hingga layu.
2. Masukkan bebola daging, kacau hingga masak
3. Masukkan pes  cili & tomato, kacau hingga sebati & tomato hancur
4. Masukkan telur, kacau sehingga berketul.
5. Tambahkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati
6. Masukkan nasi & kobis, kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
7. Angkat, hiaskan dengan tomato ceri, daun ketumbar & bawang goreng. Sedia untuk dihidang.



         




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...