Nasi Goreng Sotong
Bahan-bahannya:
5 ekor sotong dihiris bulat
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 biji bawang besar dihiris dadu
4 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan pes cili maepranom
2 sudu makan kicap sotong/sos ikan
1 biji telur
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
hirisan sawi secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih & bawang besar hingga layu
2. Masukkan pes cili, kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga kering & bergentel.
4. Masukkan kicap sotong, sotong, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati & sotong masak..
5. Masukkan nasi & sawi, kacau hingga nasi tidak melekat & kering,
6. Hiaskan dengan daun ketumbar, sedia untuk dihidang.
ini menu sy mlm tadi...utk sy & hb. Anak2 request nasi goreng kicap...lagi mudah
ReplyDelete