Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, May 13, 2013

MEE GORENG BEBOLA DAGING RENCAH DAGING

Mee Goreng Bebola Daging Rencah Daging

Bahan-bahannya:1kg mee kuning dibilas bersih & ditoskan
1 + 1/2 biji bawang besar dihiris dadu
5 ulas bawang putih dicincang halus
3/4 cawan saus manis ABC
1 sudu makan pes cili mae pranom
1 cawan air
10 biji bebola daging dihiris nipis
100gm daging dihiris kecil & nipis
1 biji tomato dipotong dadu
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Hirisan kobis secukupnya
Minyak untuk menumis


            

Cara membuatnya:1. Tumis bawang putih & bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging,  kacau sekejap hingga bertukar warna.
3. Masukkan air, tutup dengan tudung periuk, perlahankan api, biarkan mereneh sehingga daging empuk.
4. Masukkan pes cili, bebola daging, tomto, saus manis, garam, gula & perasa. Kacau hingga sekata.
5. Masukkn mee & kobis, kacau hingga sebati.
6. Angkat, hiaskan dengan gulungan kulit tomato dan daun ketumbar, sedia untuk dihidang.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...