Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Random Hadith Widget

Sunday, April 29, 2012

SARDIN MACKEREL BERKUAH

Sardin Mackerel Berkuah

Bahan-bahannya:
425gm ikan sardin mackerel (Ummi guna Ayam brand)
1 biji bawang besar holland dimayang @ dicincang halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 cm halia dimayang halus
2 sudu makan cili boh
1 biji tomato dibelah 8
1/2 cawan air
1 biji lada merah dibelah 2
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis



Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih & halia, kacau hingga naik bau & layu.
2. Masukkan cili boh, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan sardin bersama sosnya & tomato, reneh sekejap.
5. Angkat & sedia untuk dihidang. Hiaskan daun kemangi diatasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...