Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Bakar As-Siddiq r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan dikalangan orang yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa. (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

Sunday, April 29, 2012

NASI GORENG IKAN MASIN BERSAMA BAYAM MERAH

Nasi Goreng Ikan Masin Bersama Bayam Merah


Bahan-bahannya:
1+1/2 pinggan nasi putih sejuk
2 keping ikan masin tenggiri ditumbuk
1 biji bawang besar merah, dihiris & ditumbuk bersama ikan masin
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
4 tangkai cili kering ditumbuk halus
20 helai tangkai helaian daun bayam
2 biji telur ayam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis (ummi guna minyak zaitun)


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk diatas hingga naik bau, masukkan telur, kacau hingga berketul & keperangan.
2. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
3. Masukkan nasi & daun bayam, kacau hingga sebati & nasi kering & terberai.
4. Angkat & sedia untuk dihidang.


         


Bahan hiasan:
1 biji tomato ceri dibelah 8
daun pasley/ketumbar
bawang goreng

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...