Bacalah Walau Sedetik

Dari Bara’ ibnu ‘Azib r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Riba yang paling buruk adalah mencemarkan seorang saudara (muslim) (supaya merosakkan kehormatannya dengan cara mengumpat, memandang rendah). (HR Tabrani dan Jami'us Saghir)

Random Hadith Widget

Sunday, April 29, 2012

SAMBAL SOTONG

Sambal Sotong

Bahan-bahannya:
350gm sotong dibelah & dipotong kecil
1+1/2 biji bawang besar merah dikisar
1cm halia dikisar
3 ulas bawang putih diketuk
4 sudu makan cili boh
1/2 sudu teh pes asam jawa adabi
gula melaka secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis



Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan bahan kisar & cili boh, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan gula melaka, asam jawa, garam & perasa. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan sotong, kacau hingga sotong masak & kuah menjadi pekat.
5. Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar diatasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...