Bacalah Walau Sedetik

Dari Amr bin ‘Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Demi Allah! Bukanlah kemiskinan itu yang aku khuatirkan terhadap kamu, tetapi yang aku khuatirkan kepada kamu ialah dunia dilapangkan kepada kamu, sepertimana ia telah dilapangkan kepada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya sepertimana orang-orang sebelum kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Lalu dunia akan melalaikan kamu sepertimana ia telah melalaikan mereka. (HR Bukhari)

Random Hadith Widget

Sunday, April 29, 2012

LAKSA KUAH MERAH (LAKSA TERENGGANU)

 Laksa Kuah Merah (Laksa Terengganu)

Bahan-bahannya:
1/2kg laksa kering halus direbus hingga lembut & ditoskan
800-1kg ikan sardin direbus, diambil isi & diblend bersama santan.
1+1/2 biji santan kelapa@ 8 cawan santan
5 sudu cili boh
3 biji bawang besar merah dikisar
1.5cm halia dikisar
4 keping asam gelugor
2 paket rempah laksa terengganu dibancuh dengan sedikit air
gula melaka secukupnya
garam secukupnya
sedikit bahan perasa
sedikit minyak untuk menumis

       

Bahan ulam:
Taugeh dibuang ekor
1 biji timun dihiris halus
15 biji kacang panjang dihiris halus
1 kuntum bunga kantan dihiris halus
1 ikat daun kesum dihiris halus

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar & halia kisar hingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan rempah laksa terengganu bersama cili boh, kacau hingga naik minyak/ rempah masak.
3. Masukkan santan bersama isi ikan kisar, asam keping, garam, gula melaka & perasa, kacau hingga sebati.     Biarkan kuah mereneh & mendidih hingga pecah minyak.
4. Angkat & sedia untuk dihidang bersama laksa & ulam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...