Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Ramai diantara orang yang berada ditempat tidur yang empuk sibuk berzikir kepada Allah dengan berkat zikirnya dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya. (HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)

Random Hadith Widget

Sunday, April 29, 2012

SINGGANG IKAN TONGKOL BERSAMA PASLEY

Singgang Ikan Tongkol Bersama Pasley


Bahan-bahannya:
4 keping ikan tongkol (6oogm)
5 cawan air
1 biji tomato dibelah 8
1 ikat daun pasley (daun ketumbar) bersama batang dipotong kasar(5cm)
1cm kunyit dihiris nipis
4 hirisan lengkuas
4 ulas bawang putih dihiris
2 keping asam keping
2 keping daun limau purut
gula melaka secukupnya
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa






Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali daun pasley, tomato & daun limau purut. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan daun pasley bersama daun limau purut & tomato, biarkan seketika@ selama 2 minit.
3. Angkat & sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...