Bacalah Walau Sedetik

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Akan dipersembahkan amal-amal manusia pada hari Isnin dan hari Khamis. Barangsiapa yang memohon pengampunan maka akan diampuniNya pada hari itu, dan barangsiapa bertaubat akan diterima taubatnya (tetapi) orang yang ada sifat membenci atau berdendam akan ditinggalkan sehinggalah dia bertaubat daripadanya. (HR Tabrani, Targhib)

Random Hadith Widget

Saturday, April 28, 2012

AIS KRIM MALAYSIA

Ais Krim Malaysia
Bahan-bahannya: (22-25 batang ais krim)
2 liter air (air panas + air masak)
14 sudu gula@ secukupnya
8 sudu makan susu tepung (ummi guna susu tepung Dutch Lady madu)
perwarna /perisa air (ummi guna keladi & jagung)plastik ais krim


Cara membuatnya:
1. Bancuh air panas bersama gula & susu  kemudian tambah selebihnya air masak sehingga cukup 2 liter.
2. Bahagi 2, tambahkan perwarna/ perisa yang disukai pada setiap bahagian.
3. Tuangkan bancuhan air tadi ke dalam plastik ais krim mengikut panjang yang dikehendaki.
4. pusing & simpulkan bahagian hujung, buat sampai habis.
5. Simpan didalam freezer hingga beku.
6. Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...