Nasi Goreng Ayam Cili Kering
Bahannya :
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
150gm isi ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar holland dimayang halus
5 ulas bawang putih diketuk
4 sudu makan sos Ikan
1 biji tomato dipotong dadu
4 tangkai kacang panjang dipotong kecil
5 tangkai cili kering dipotong serong
Garam Bukit secukup rasa
Molasses brown sugar secukup rasa
Sedikit bahan perasa ( Knorr pasti sedap)
Minyak bunga matahari untuk menumis (Neu Vida )
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar & cili kering, kacau hingga bawang layu.
2. Masukkan ayam & tomato, kacau hingga masak.
3. Masukkan garam, gula perang, sos ikan & bahan perasa. Kacau hingga sebati
4. Masukkan Nasi putih & kacang panjang, kacau hingga sebati & nasi kering tidak melekat.
5. Angkat, hiaskan dengan daun bawang, bawang goreng & gulungan kulit tomato, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment