Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Sunday, January 5, 2014

MEE KUNGFU

 
Mee Kungfu


Mee Kungfu

Caranya :
500gm mee kuning
4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng (Ummi guna minyak Neu Vida )


       

Caranya:
1. Gaul semua bahan diatas.
2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis. (Ummi dapat 8 keping)




Kuah Mee Kungfu

Bahannya :
7 ulas bawang putih diketuk
150gm isi ayam dipotong kecil

10 ekor udang dibuang kulit
3 ekor sotong dipotong bulat
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
4 cawan air
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 batang baby corn dipotong memanjang
5 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam secukup rasa
molassses brown sugar secukup rasa
sedikit bahan perasa, Ummi guna knorr cukup rasa
minyak untuk menumis (Ummi guna minyak bunga matahari Neu Vida)

            
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih
5. Masukkan semua sayur,  cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2  minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.








NASI GORENG AYAM CILI KERING

 
Nasi Goreng Ayam Cili Kering

Bahannya :
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
150gm isi ayam dipotong kecil

1 biji bawang besar holland dimayang halus
5 ulas bawang putih diketuk
4 sudu makan sos Ikan
1 biji tomato dipotong dadu
4 tangkai kacang panjang dipotong kecil
5 tangkai cili kering dipotong serong
Garam Bukit secukup rasa
Molasses brown sugar secukup rasa
Sedikit bahan perasa ( Knorr pasti sedap)
Minyak bunga matahari untuk menumis (Neu Vida )


 

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar & cili kering, kacau hingga bawang layu.
2. Masukkan ayam & tomato, kacau hingga masak.
3. Masukkan garam, gula perang, sos ikan & bahan perasa. Kacau hingga sebati
4. Masukkan Nasi  putih & kacang panjang, kacau hingga sebati & nasi kering tidak melekat.
5. Angkat, hiaskan dengan daun bawang, bawang goreng & gulungan kulit tomato, sedia untuk dihidang.




BROWNIES WALNUT MARBLE CHEESE CAKE



Brownies Walnut Marble Cheese Cake


Lapisan Brownies (untuk Kek 1.3kg)

Bahannya:
250gm mentega
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair/ fresh milk
1 /2 cawan walnut, dicincang & digoreng tanpa minyak
2 sudu makan susu pekat manis
3 biji telur gred B
1+3/4 cawan tepung kek diayak
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat diayak

Caranya:
1. Cairkan mentega, masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati
2. Pukul telur bersama gula castor hingga sebati.
3. Masukkan susu cair, susu pekat manis & cairan serbuk koko bersama mentega. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum bersama soda bikarbonat. Kacau hingga sebati.
5. Sebelum masukkan walnut,  ambik 2+1/2 sudu makan adunan diletakkan dalam piping beg. (untuk dilorek diatas cheese)
6. Masukkan walnut, kacau hingga sebati.
7. Bakar dalam acuan 9x9x3 inci dengan suhu 170°C selama 20minit.



 



Lapisan Marble Cheese

Bahannya :
250gm cream cheese ( tatura cream cheese)
3 /4 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur gred B
1 sudu tepung gandum
25ml air

Caranya :
1. Putar cream cheese hingga gebu
2. Masukkan gula & telur, pukul hingga gebu
3. Masukkan air & tepung gandum, Kacau hingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke atas lapisan brownies,
5. Paipkan adunan Brownies, lorek dengan menggunakan lidi satay.
6. Bakar selama 17minit dengan suhu 170°C. (ikut oven masing-masing)
7. Sejukkan sebelum dipotong. Kalau boleh simpan dalam peti ais selama 2 hingga 4 jam untuk mendapat potongan yang cantik.



Friday, January 3, 2014

FLORENTINE

 
Florentine

Bahan A:
250gm mentega
150gm gula perang
250gm glukos
200gm krim segar
90gm madu

         



Bahan B: (Semuanya dipanggang sekejap selama 7 minit suhu 175 darjah Celcius)
250gm kepingan badam
250gm kuaci
250gm biji labu
15gm bijan hitam
15gm bijan putih

Kertas Baking

Cara membuatnya:
1. Campur bahan A & masak sehingga mendidih selama 3-4 minit.
2.Tutup api,  masukkan bahan B, kacau hingga sebati.
3. Lapik kertas baking didasar acuan
4. Tuang adunan diatas ke dalam acuan, pastikan nipis & ratakan. Bakar dalam suhu 175 darjah celcius selama 10minit.
5. Potong ketika masih panas untuk mendapat potongan yang cantik (kalau dah keras dah tak boleh potong, kena patahkan)
6. Biarkan sejuk, barulah simpan dalam bekas kedap udara.


        



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...