Butter Crab |
Bahan-bahannya:
5 ekor ketam, dibuang kulit cengkerang, dibersihkan & dibelah 2
10 biji bawang putih dicincang halus
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili kering dipotong serong
1/2 cawan susu segar/cair
1 biji telur
3 sudu besar butter/planta/marjerin
minyak untuk menggoreng ketam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa (serbuk@ kiub pati ayam/aji/dll)
Ketam yang telah digoreng Bawang putih, cili kering & daun kari Tumis bawang putih, daun kari & cili kering dengan butter |
Cara Membuatnya:
1. Perap ketam bersama garam, serbuk lada hitam/putih & sedikit bahan perasa selama 15-30 minit.
2. Goreng ketam di dalam minyak yang panas sehingga masak.
3. Angkat, toskan minyak, hidang diatas pinggang.
4. Panaskan butter/planta/marjerin, tumis bawang putih bersama daun kari & cili kering sehingga kekuningan/ naik bau.
5. Masukkan telur & susu, kacau sehingga telur & susu bergentel .
6. Masukkan garam, gula & bahan perasa secukup rasa.
7. Kacau sehingga telur menjadi kekuningan seperti garing.
8. Angkat dan taburkan diatas ketam yang telah digoreng tadi.
9. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment