Pizza Ayam |
500gm tepung gandum (untuk 4 biji pizza)
1 paket yis segera (11gm)-dibancuh dengan 200ml air suam & dicampur 1 sudu teh gula/susu pekat manis
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
Isi Ayam Dipotong Dadu |
1 keping isi ayam, bahagian dada, dipotong halus.
1 biji bawang besar dicincang
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar origano
1 biji tomato dipotong dadu
Garam & Gula secukup rasa
Sedikit perasa
Mozzarella Cheese |
Parut Mozzarella Cheese |
Bahan Sejuk Beku Segera |
125gm Mozzarella Cheese (diparut)
Bahan sejuk beku segera (bahan untuk Yong Tau Fu-contoh: isi ketam, fishball, fishcake dsbnya.)-dihiris.
Sos cili thai (Ummi guna sos cili life)
Sedikit minyak masak untuk disapu kat periuk Tupperchef/dulang pembakar/boleh guna periuk yang tapaknya tebal.
Oregano
Doh yang telah dibahagi 4 & sedia untuk diperap 30 minit. Doh yang telah dicanai
|
1. Campur semua bahan diatas, uli hingga sebati.
2. Bahagikan kepada 4 bahagian, tutup & biarkan selama 30 minit.
3. Sementara menunggu doh naik, bolehlah sediakan inti atas pizza.
4. Setelah doh naik, bolehlah dicanai bentuk bulat(seperti nak buat roti canai)
5. Cucuk dengan garpu doh tersebut hingga rata (supaya roti cepat masak)
6. Sedia untuk diletakkan inti diatasnya.
Inti pizza yang sedia untuk diletakkan diatas doh |
1. Tumis bawang besar hingga kuning.
2. Masukkan cili boh & tomato, kacau hingga masak.
3. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
4. Masukkan garam, gula & perasa.
5. Apabila dah masak, gaulkan dengan oregano.
Masak dengan api yang perlahan Doh yang telah disapu dengan sos cili Doh yang telah diletakkan inti diatasnya Doh yang telah ditabur dengan cheese Masak selama 7 minit/sehingga masak |
1. Panaskan periuk Tupperchef dengan api yang sangat perlahan/panaskan oven
2. Sapukan sedikit minyak masak kat periuk.
3. Letakkan doh yang telah dicucuk dengan garpu.
4. Sapukan sos cili diatas doh hingga rata
5. Letakkan inti pizza diatasya bersama dengan bahan tambahan lain kalau suka (contohnya cili benggala, nenas, sosej, dsbnya).
6. Tabur mozzerella cheese & sedikit oregano diatasnya.
7. Tutup dengan tudung periuk masak selama 7 minit atau sehingga masak..
8. Angkat & sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment