Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Wednesday, April 20, 2011

SAYUR LEMAK KACANG PANJANG

Sayur Lemak Kacang Panjang

Bahan-bahan:
1 ikat kacang panjang dipotong sepanjang 5cm/ 2inci (lebih kurang la..)
1 paket santan segera (50gm)/ 1/2 biji santan kelapa
15 ekor ikan bilis ditumbuk halus/dikisar/ boleh guna isi ikan mentah yang dibuang tulang & ditumbuk/dikisar
1 biji bawang besar merah ditumbuk halus/dikisar
7 biji lada hitam ditumbuk/dikisar/ 1 sudu teh serbuk lada hitam
Gula & garam secukup rasa
sedikit bahan perasa

Kacang Panjang yang telah dipotong

Inilah lesung batu namanya, kalau setakat nak masak sikit-sikit tak padan nak blender, lagi asli rasanya. Anak-anak zaman sekarang, semuanya nak mudah & nak segera sampaikan lesung batu pun tak kenal, @ tak ada pun kat rumah.

Bawang & ikan bilis yang telah ditumbuk

Campuran santan, bawang, ikan bilis & lada hitam


Cara membuatnya:
1. Masukkan santan, bawang, ikan bilis & lada hitam kedalam periuk.
2. Masak & kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan kacang panjang, garam, gula & perasa.
4..Kacau selama 3 minit @ sehingga mendidih sekali lagi.
5. Sedia untuk dihidang.

IKAN GELAMA MASIN GORENG

Ikan Gelama Masin Goreng


Bahan-bahannya
Bahan-bahannya:
5 ekor ikan gelama masin/sebarang jenis ikan masin
1 biji bawang besar dimayang
5 biji cili kering dipotong serong
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana
2. Masukkan ikan masin, goreng sehingga garing
3. Masukkan cili kering & bawang besar.
4. Sedia untuk dihidang.

GULAI TEMPOYAK TENGGIRI BERSAMA PEGAGA

Gulai Tempoyak Tenggiri Bersama Pegaga


Serbuk santan segera
Bahan-bahan:
5 keping isi ikan tenggiri yang telah dipotong
1 biji bawang besar/ 6 ulas bawang merah -ditumbuk / blender
(ummi lebih suka guna bawang merah yang besar sebab jimat masa tak payah nak kupas bawang banyak kali. Lagi pun lebih murah, jimat belanja)
1 inci kunyit hidup ditumbuk/blender
2 sudu besar tempoyak
5 biji cili padi, dipotong serong (kalau nak pedas ditumbuk/blender)
1 biji kelapa diambil santannya/1 paket santan segera 50gm.
Pegaga gajah
Garam & gula secukup rasa
sedikit perasa


Cara membuatnya:
1. Masukkan santan, bawang, kunyit, tempoyak kedalam periuk.
2. Masak & kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri, gula, garam & perasa. Kacau sehingga ikan masak.
4. Masukkan pegaga & cili padi, kacau selama 2 minit.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, April 19, 2011

PIZZA AYAM

Pizza Ayam

Bahan-Bahan untuk Doh:
500gm tepung gandum (untuk 4 biji pizza)
1 paket yis segera (11gm)-dibancuh dengan 200ml air suam & dicampur 1 sudu teh gula/susu pekat manis
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam




Isi Ayam Dipotong Dadu

Bahan-bahan untuk Inti atas Pizza:
1 keping isi ayam, bahagian dada, dipotong halus.
1 biji bawang besar dicincang
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar origano
1 biji tomato dipotong dadu
Garam & Gula secukup rasa
Sedikit perasa




Mozzarella Cheese


Parut Mozzarella Cheese




Bahan Sejuk Beku Segera
Bahan-Bahan lain pizza:
125gm Mozzarella Cheese (diparut)
Bahan sejuk beku segera (bahan untuk Yong Tau Fu-contoh: isi ketam, fishball, fishcake dsbnya.)-dihiris.
Sos cili thai (Ummi guna sos cili life)
Sedikit minyak masak untuk disapu kat periuk Tupperchef/dulang pembakar/boleh guna periuk yang tapaknya tebal.
Oregano






Doh yang telah dibahagi 4 & sedia untuk diperap 30 minit.


Doh yang telah dicanai


Doh yang telah dicucuk dengan garpu
Cara membuat Doh :
1. Campur semua bahan diatas, uli hingga sebati.
2. Bahagikan kepada 4 bahagian, tutup & biarkan selama 30 minit.
3. Sementara menunggu doh naik, bolehlah sediakan inti atas pizza.
4. Setelah doh naik, bolehlah dicanai bentuk bulat(seperti nak buat roti canai)
5. Cucuk dengan garpu doh tersebut hingga rata (supaya roti cepat masak)
6. Sedia untuk diletakkan inti diatasnya.




Inti pizza yang sedia untuk diletakkan diatas doh
Cara membuat Inti Diatas Pizza:
1. Tumis bawang besar hingga kuning.
2. Masukkan cili boh & tomato, kacau hingga masak.
3. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
4. Masukkan garam, gula & perasa.
5. Apabila dah masak, gaulkan dengan oregano.


Masak dengan api yang perlahan


Doh yang telah disapu dengan sos cili


Doh yang telah diletakkan inti diatasnya


Doh yang telah ditabur dengan cheese


Masak selama 7 minit/sehingga masak
Cara membuat pizza:
1. Panaskan periuk Tupperchef dengan api yang sangat perlahan/panaskan oven
2. Sapukan sedikit minyak masak kat periuk.
3. Letakkan doh yang telah dicucuk dengan garpu.
4. Sapukan sos cili diatas doh hingga rata
5. Letakkan inti pizza diatasya bersama dengan bahan tambahan lain kalau suka (contohnya cili benggala, nenas, sosej, dsbnya).
6. Tabur mozzerella cheese & sedikit oregano diatasnya.
7. Tutup dengan tudung periuk masak selama 7 minit atau sehingga masak..
8. Angkat & sedia untuk dihidang.



KERABU KAKI AYAM

Kerabu Kaki Ayam

Bahan-bahannya:
15 batang kaki ayam, (direbus & dibuang tulangnya)
1 biji tomato dimayang
1 biji bawang besar dimayang
1 tangkai daun ketumbar dihiris
1 tangkai daun bawang dihiris
6 biji cili padi dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai (chicken deap)
1 sudu besar sos ikan
sedikit perahan air asam limau nipis
Garam & Gula secukup rasa
Sedikit perasa.

Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan-bahan diatas sehingga sebati.
2.Sedia untuk dihidang.

ROTI SARDIN BAKAR


Roti Sardin Bakar



Bahan-bahan:
Beberapa keping roti gardenia (dipotong 2)
Sedikit Marjerin untuk membakar roti




Roti Gardenia Dipotong Dua


Bahan Untuk Salut:
2 biji telur ayam
1 sudu besar tepung gandum
1/2 teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara membuatnya:
* Campurkan semuanya, bancuh sehingga likat (seperti bancuhan untuk goreng pisang)




Inti Sardin
Bahan Untuk Inti Sardin
1 tin kecil ikan sardin (kuah sardin dibuang, ikannya dihancurkan)
1 biji cili merah besar (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 sudu besar mayonis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit perasa


Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar sehingga naik bau/kuning.
2. Masukkan sardin, cili besar, garam, gula & perasa.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tutup api masukkan mayonis.




Roti Sardin Dibakar Atas Fry Pan
Cara Membuat Roti Sardin Bakar:
1. Panaskan fry pan, sapukan sedikit marjerin (Guna api yang perlahan).
2. Sapukan inti sardin keatas roti (macam nak buat sandwich)
3. Lipat 2 roti, celupkan kedalam bahan salut.
4. Bakar atas fry pan (macam bakar roti canai.
5. Balikkan apabila kekuningan.
6. Sedia untuk dihidang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...