Nasi Kerabu Aroma Pudina
Nasi Aroma Pudina
Bahan-bahannya:
4 pot beras siam
15 helai daun pudina
Beberapa titis pewarna hijau
Air secukupnya.
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan diatas dalam rice cooker. Tekan on, masak seperti biasa.
Serunding Ikan Kelapa (Sambal Nyor Ikan)
1/2 kg ikan sardin direbus kosong, asingkan tulang, dihancurkan isinya ( ramas pakai tangan @ ditumbuk)
1/2 biji kelapa parut putih
2 batang serai diracik@ dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa ( Ummi guna cukup rasa maggie)
Cara membuatnya:
1. Goreng tanpa minyak isi ikan, kelapa parut putih & serai sehingga kering, tidak melekat & keperangan. (Sentiasa koreskan bahagian bawah kuali semasa mengacau supaya tidak hangit)
2. Tambah garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
3. Angkat, sejukkan & masukkan dalam bekas kedap udara. Jika suka, boleh juga dikisar dengan pengisar kering supaya teksturnya lebih halus.
Sambal Hijau Cuka
50 biji cili padi hijau dibuang tangkai
3 sudu makan cuka
3 sudu makan air
3 ulas bawang putih
3/4 sudu teh garam@ secukupnya
1 sudu makan gula@ secukupnya
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender, kisar sehingga halus
2. Masukkan dalam bekas tertutup, simpan dalam peti ais selepas digunakan
Kuah Sambal Tumis
Bahan-bahannya:
2 cawan santan
1 biji bawang besar dikisar
1 batang serai dikisar
1 sudu teh pes cili maepronom ( kalau guna cili boh 1 sudu makan)
Gula melaka secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit bahan perasa
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan didalam periuk. Kacau hingga mendidih
2. Sedia untuk dimakan bersama nasi kerabu.
3. Anggaran penggunaan untuk sepinggan nasi adalah 1- 2 sudu makan.
Ulam-ulaman
1 batang timun
6 tangkai kacang panjang
1/4 biji kobis ungu
1 batang bunga kantan
10 tangkai daun kesum, ambik daunnya sahaja
6 tangkai pucuk daun serai kayu
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya ( urat tengah daun)
10 helai daun pudina
Lain- lain ulam yang sesuai
Cara membuatnya:
1. Hiris semua ulam- ulam diatas sehalusnya.
2. Daun yang beraroma hendaklah dicampurka sekali dalam satu bekas seperti daun kesum, serai kayu, daun limau purut, daun pudina, bunga kantan dsb.
Bahan sampingan yang lain:
Budu
Limau nipis
Keropok keping ikan yang telah digoreng
Bawang jeruk
Solok lada
Telur masin
Dsb.
Lauk Sampingan:
Ikan celup tepung goreng
Ayam @ ikan percik
Daging bakar
Ayam goreng berempah
No comments:
Post a Comment