Bacalah Walau Sedetik

Dari Zaid bin Khalid Juhani r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang menunaikan haji atau orang yang keluar di jalan Allah SWT atau pun mengambil berat tentang ahli keluarga mereka selepas pemergian mereka, atau menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang keluar di jalan Allah yang pergi mengerjakan haji dan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. (HR Baihaqi)

Random Hadith Widget

Sunday, November 13, 2011

SOTONG MASAK MERAH

Sotong Masak Merah



Bahan-bahanya:
5 ekor sotong dihiris bulat
1 biji bawang besar holland dihiris halus/cincang
2 biji bawang putih dicincang
1 hirisan halia dimayang
2 sudu makan cili boh
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


Bahan Hiasan:
2 tangkai daun ketumbar dihiris.


Sedia untuk dimakan

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar & halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, tumis sampai masak.
3. Masukkan sotong dan semua bahan lain. Kacau hingga sebati & sotong masak.
4. Angkat & sedia dihidang. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...