Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang menyertai jenazah dan mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sama dengan satu qirat, dan barangsiapa yang menyertai jenazah sehingga ke kubur akan mendapat pahala sama dua qirat. Apabila ditanya, apa itu dua qirat. Rasulullah SAW menjawab: (Sama dengan) dua gunung yang besar. Dalam riwayat lain, bahawa dua gunung, yang paling kecil seperti gunung Uhud. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Thursday, November 10, 2011

DAGING BEREMPAH 4

Daging Berempah 4

Bahan-bahanya:
250 gm daging top side dihiris nipis, dibasuh bersih & ditoskan
1 labu bawang putih dikisar (10 ulas)
1 sudu teh ketumbar dikisar
1 sudu teh jintan manis dikisar
1 sudu teh jintan putih dikisar
1 susu teh lada hitam dikisar
1/2 cawan kicap lemak manis (Ummi guna cap Jalen)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar air asam jawa/ 1 keping asam gelugor
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa (kiub/serbuk/pati ayam/ikan bilis/ sos tiram/ cukup rasa/ aji dsb.)
Minyak untuk menumis
Sedikit bawang goreng
Sedikit air



Tutup dengan tudung periuk selama 15 minit

Cara Memasak:
1. Perap daging dengan bahan kisar selama 15 hingga 30 minit.
2. Panaskan minyak, masukkan daging & cili boh. Kacau sebentar hingga sebati.
3. Perlahankan api, tambahkan sedikit air, tutup daging dengan tudung periuk selama 15 minit.(supaya daging cepat empuk)
4. Selepas 15 minit, angkat tudung periuk, masukkan kicap, air asam jawa, garam, gula & bahan perasa. Kacau hingga sebati.
5. Angkat & hidang, taburkan sedikit bawang goreng ke atasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...