Bacalah Walau Sedetik

Dari Ali r.a meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang muslim mengunjungi seorang muslim yang sakit diwaktu pagi kecuali 70,000 malaikat berdoa memohon rahmat ke atasnya sehingga ke petang, atau berkunjung kepadanya di waktu petang, melainkan 70,000 malaikat berdoa ke atasnya sehingga ke pagi, dan dia mendapat sebuah kebun buah-buahan dalam syurga. (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Sunday, November 13, 2011

DAGING SINGGANG KETUMBAR

Daging Singgang Ketumbar

Bahan-bahan:
200gm daging segar dihiris nipis
1 sudu makan ketumbar ditumbuk
1 ulas bawang merah besar dimayang
2 hirisan halia dimayang halus
1 keping asam gelugor
Air secukupnya untuk merebus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa


Bahan Hiasan:
2 tangkai daun ketumbar
2 biji cili padi dihiris (optional jika mau pedas)
Sedikit bawang goreng (optional)


Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali daun ketumbar & cili padi. Rebus hingga daging empuk.
2. Apabila dah masak bolehlah dihidang bersama daun ketumbar , cili padi & bawang goreng.


* Sedap dimakan bersama nasi putih, ikan masin & sambal belacan
* Jangan tertukar pula daun ketumbar dengan daun sup (daun sadri)...untuk pengetahuan tuan/puan daun ketumbar baunya lebih kuat & daunnya lebih kecil sedikit berbanding dengan daun sadri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...