Bacalah Walau Sedetik

Dari Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Penghuni syurga (selepas memasuki syurga) tidak akan menyesal kecuali pada satu masa yang mereka lalui dahulu tidak berzikir kepada Allah. (HR Tabrani)

Random Hadith Widget

Tuesday, November 8, 2011

CENDAWAN MASAK BLACKPAPER


Cendawan Masak Blackpaper


Bahan-bahannya:
11 kuntum cendawan kering (direndam dengan air panas hingga lembut & dibelah 4)
1 labu bawang putih (10 ulas) ditumbuk kasar
1/2 cawan kicap lemak manis (Ummi guna Cap Jalen)
9 biji tomato ceri dibelah dua
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa (sos tiram/aji/cukup rasa dsb.)
Minyak untuk menumis
sedikit air


                  
Cendawan kering & yang telah direndam dengan air


Cendawan ditumis dengan bawang putih


Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, kacau hingga masak.
3. Masukkan kicap, sedikit air, garam, gula, perasa & serbuk lada hitam. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung & tomato, kacau hingga kuah likat.
5. Angkat & sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...