Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Sunday, November 13, 2011

PUDING JELLY ROS BERLAPIS

Puding Jelly Ros

Bahan-bahan ni untuk dua puding ros

Bahan-bahan Jelly: (Untuk bunga & daun-lapisan 1)
Jelly 125gm (Ummi guna Brand Konyoku
Pewarna merah & hijau
Acuan beebentuk ros
Air 500ml

Bahan Puding Laici: (Lapisan ke-2)
10gm agar-agar kering
800ml air
5 sudu besar susu tepung (dibancuh dengan 200ml air suam)
1/2 cawan gula
50ml kordial laici

Bahan Puding Coklat: (Lapisan ke-3)
10gm agar-agar
800ml air
5 sudu besar milo/coklat + 5 sudu sudu besar susu tepung (dibancuh dengan 200ml air suam)
3/4 cawan gula


        
                  Jelly dibahagikan kepada 2 warna                  Jelly yang siap dituang kedalam acuan

Cara membuat Lapisan 1:
1. Campurka Jelly & air, jerang atas api, kacau hingga larut (hilang buih hingga jernih)
2. Bahagikan kepada 2 bahagian 70% letak pewarna merah & 30% letak pewarna hijau.
3. Tuangkan larutan jelly merah kedalam acuan bunga ros & hijau untuk acuan daun. Sejukkan & ketepikan.

Cara membuat Lapisan ke-2:
1. Rebus agar-agar dengan air sampai hancur & larut.
2. Masukkan gula, susu & kordial laici.
3. Tuangkan kedalam acuan sebagai lapisan ke-2
4. Sejukkan & ketepikan.

       
                                        Puding Ros yang telah siap untuk dimakan

Cara membuat Lapisan ke-3:
1. Rebus agar-agar dengan air sampai hancur & larut.
2. Masukkan susu, coklat & gula, kacau hingga sebati.
3. Tuangkan kedalam acuan sebagai lapisan ke-3.
4. Sejukkan didalam peti ais sebelum buka acuan.
5. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...