Bacalah Walau Sedetik

Dari Abi Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka). (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

Monday, November 14, 2011

KEK COKLAT KUKUS MOIST BERMINYAK

Kek Coklat Kukus Moist Berminyak

Bahan-bahanya:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair/fresh milk
1 cawan serbuk koko/milo/cokklat
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur gred B

Bahan untuk Topping:
1 cawan milo/serbuk coklat
1 cawan susu pekat manis
125gm butter
1/2 cawan fresh milk/susu cair


       
                        Kek yang baru aje masak                                 Kek yang telah dipotong



Cara membuat kek:
1. Pukul minyak, telur, susu pekat & fresh milk hingga sebati. (Guna blender bawang pun boleh)
2. Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat & serbuk penaik bersama.
3. Masukkan bahan yang diayak tadi kedalam adunan yang telah dipukul tadi (Step 1) sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
4. Sapu acuan dengan marjerin/butter/minyak. Masukkan adunan diatas, kukus selama 1 jam. Jangan lupa tutup acuan dengan aluminium foil/ balut tudung periuk kukus dengan kain untuk elakkan wap air menitis pada kek.
5. Sejukkan sebelum tuang kek dari acuan.

Topping yang telah dituang ke atas kek

Cara Membuat Topping:
1. Campurkan semua bahan diatas, masak secara double boil.
2. Tuangkan topping ke atas kek tadi. (buat filling pun boleh)
3. Sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...