Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, January 31, 2012

PUDING SAGU GULA MELAKA

Puding Sagu Gula Melaka


PUDING SAGU


Bahan-bahannya:
2 cawan sagu
12 cawan air
Pewarna Hijau


        
                                                Foto 1                                                             Foto 2

        
                                           Foto 3                                                           Foto 4

            
                                                 Foto 5                                                             Foto 6


Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan diatas. Sentiasa kacau sehingga warna biji sagu bertukar kepada warna yang jernih. (Foto 1 & 2)
2. Angkat & basuh dibawah air paip yang mengalir sehingga semua kanji/ lendir keluar meninggalkan biji sagu. (Foto 3 & 4)
3. Sudukan kedalam acuan. Sejukkan didalam peti ais selama 2-3jam. (Foto 5 & 6)
4. Bolehlah dikeluarkan untuk dimakan bersama air gula melaka & kuah santan.



Air Gula Melaka



AIR GULA MELAKA


Bahan-bahannya:
2 keping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan disimpul


Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan diatas. Masak hinggan semua gula melaka larut.
2. Sedia untuk dihidangkan bersama puding sagu.



KUAH SANTAN


Bahan-bahannya:
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam


Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan diatas. Masakkan diatas api, sehingga hampir mendidih. Sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.
2. Sedia untuk dihidangkan bersama Puding Sagu.


        


Hiasan:
Ceri Merah
Daun Pandan


Cara Menghidang:
1. Keluarkan puding sagu dari acuan. Letakkan dididalam mangkuk, siramkan dengan 2 sudu besar air gula melaka & 1 senduk santan/ secukupnya.
2. Hiaskan dengan ceri & daun pandan. Sedia untuk dimakan.

NASI GORENG DAGING REBUS

Nasi Goreng Daging Rebus


Bahan-bahannya:
150gm daging direbus dengan garam, halia & bawang putih, dihiris halus (Ummi guna lebihan lauk singgang daging malam tadi-dibasuh & dihiris kecil)
2 pinggan nasi putih sejuk
1 biji bawang besar holland dimayang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji tomato dipotong dadu
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar cili boh
4 batang kacang panjang dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, kacau hingga layu.
3. masukkan tomato puree & cili boh, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan daging rebus, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
5. Masukkan nasi, tomato & kacang panjang, kacau hingga sebati.
6. Angkat, & hiaskan dengan daun salad, bawang goreng, daun Sup & hirisan cili padi.
7. Sedia untuk dihidang.

Monday, January 30, 2012

PUDING KRISTAL LAICI KELAPA JELLY

Puding Kristal Laici Kelapa Jelly

Bahan-bahannya:
250gm Jelly Konnyaku (Foto 1)
1 biji air kelapa muda + air =1000ml
Isi kelapa muda disagat halus (Foto 2)
Acuan
Susu sejat
                        
                                                    Foto 1                                                        Foto 2


            
                                                  Foto 3                                                              Foto 4

           
                                                  Foto 5                                                                Foto 6


Cara Membuatnya:
1. Masakkan Serbuk Jelly Konnyaku bersama air & air kelapa sehingga jernih. (Foto 3 & 4)
2. Masukkan isi kelapa ke dalam dasar acuan. (Foto 5)
3. Tuangkan Jelly yang telah dimasak hingga habis.
4. Sejukkan didalam peti ais hingga pejal.
5. Sedap dimakan bersama susu sejat/susu cair sebagai kuah. (Foto 6)


Hiasan:
Ceri
Daun Kemangi

Sunday, January 29, 2012

NASI LEMAK HIJAU

Nasi Lemak Hijau

NASI LEMAK



Bahan-bahannya:
4 pot beras dibasuh bersih
1/2 cawan santan pekat
Air secukupnya
Pes daun pandan/perwarna hijau
2 helai daun pandan disimpul
1.5cm halia diketuk
1/2 biji bawang besar merah dihiris halus
3 kuntum bunga cengkih

                    
                                             Bahan-bahannya                                                Gambar 1



Cara Memasaknya:
1. Satukan semua bahan didalam periuk nasi elektrik. (Gambar 1)
2. Tekan cook, tunggu hingga masak.
3. Nasi lemak sedia dihidang.



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Sambal Tumis Ikan Bilis




Bahan-bahannya:
2 cawan ikan bilis (Gambar 2)
1 biji bawang besar holland dihiris halus
2 biji bawang besar merah dikisar
1.5cm halia dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
1 hirisan lengkuas dikisar
4 sudu besar cili boh
1/2 sudu kecil pes asam jawa ( Ummi guna brand Adabi)
1 karet gula melaka (boleh digantikan dengan gula merah)
2 helai daun pandan disimpul
Garam secukup rasa
1 cawan air/secukupnya
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis

                
                                                Gambar 2                                                           Gambar 3


              
                                               Gambar 4                                                           Gambar 5



Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar holland hingga naik bau. (Gambar 3)
2. Masukkan bahan kisar & cili boh. Kacau hingga bahan rempah masak. (Gambar 4)
3. Masukkan ikan bilis bersama air & semua bahan lain. Renehkan dengan api yang perlahan sehingga kuahnya kering & ikan bilis lembut. (Gambar 5)
4. Sedia untuk dihidang bersama dengan nasi lemak.



Bahan Sampingan Nasi Lemak Hijau:
Hirisan timun
Telur rebus



Hiasan:
Daun Pisang



Friday, January 27, 2012

NASI AYAM GORENG PANDAN

Nasi Ayam Goreng Pandan



NASI AYAM PANDAN


Bahan-bahannya:
3/4 bahagian ayam direbus bersama halia & 4 ulas bawang putih yang telah diketuk-Gambar 1
6 pot beras dibasuh bersih & ditoskan
2 helai daun pandan disimpul
2 biji bawang besar holland dimayang halus
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 sudu besar minyak untuk menumis (Ummi guna minyak bunga matahari & canola, guna planta pun boleh)
2 kiub Ayam
 
                                    Gambar 1                                                                   Gambar 2
       


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak/planta, tumis bawang besar bersama bunga lawang & buah pelaga hingga naik bau.(Guna    periuk nasi diatas dapur gas)-Gambar 2
2. Masukkan beras, kiub ayam, daun pandan & air rebusan ayam secukupnya, pindahkan kedalam tapak periuk elektrik. Tekan butang cook, biarkan hingga masak.




AYAM GORENG PANDAN


 
Ayam Goreng Pandan 

Bahan-bahan: 
3/4 bahagian ayam yang telah direbus
Kicap lemak manis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
6 helai daun pandan
Minyak untuk menggoreng
Serbuk lada hitam


 
Gambar 3


Cara Membuatnya:
1. Perap ayam bersama kesemua bahan-bahan diatas selama 1/2 jam.-Gambar 3
2. Balut & ikat ayam dengan daun pandan
3. Goreng sekejap sehingga masak (tak perlu lama kerana ayam telah direbus)
4. Angkat & sedia untuk dihidang bersama nasi ayam pandan diatas.


SUP AYAM BAWANG


Sup Ayam Bawang



Bahan-bahan: 
1/4 ekor ayam dipotong kecil
3cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
6 cawan air
2 biji bawang besar holland dimayang halus
3 ulas bawang  putih diketuk
1.5cm halia diketuk
2 biji bawang holland dibelah 8
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa/kiub ayam
Minyak untuk menumis


Hiasan:
Sedikit tomato dihiris halus
Daun sup & daun bawang
bawang goreng


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan air, ayam, halia, garam & gula, perasa & lada hitam. Kacau sebentar, biarkan hingga mendidih & ayam masak.
3. Masukkan bawang besar yang dibelah 8. Biarkan selama 2 minit,
4. Angkat & sedia untuk dihidang.
5. Taburkan daun sup, daun bawang, hirisan tomato & bawang goreng sebagai hiasan.


SAMBAL NASI AYAM PANDAN


Sambal Nasi Ayam


Bahan-bahan: 
3 biji cili besar merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 biji perahan air limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
5 biji cili padi merah


Cara Membuatnya:
1. Blender semua bahan diatas.
2. Sedia untuk dihidang bersama nasi ayam.


Hiasan Sampingan:
Bawang Goreng
Daun Salad
Hirisan Timun
Hirisan Tomato


*Hidangan lengkap nasi ayam goreng pandan=Nasi Ayam Pandan+Ayam Goreng Pandan+Sup Ayam Bawang+Sambal Nasi Ayam+Kicap Lemak Manis+Timun+Salad+Tomato

Thursday, January 26, 2012

MINI DONUT KENTANG

Mini Donut Kentang



Donut ni ranggup diluar & lembut didalam, sedap sangat, dah sejuk pun masih lembut lagi....anak-anak Ummi pun suka, Resepi dibawah ni dapat 35 biji mini donut. Sebahagiannya Ummi goreng separuh masak & simpan dalam freezer...keesokannya, pagi-pagi lagi Aishah dah minta donut, nasib baik ada simpanan dalam freezer, senang & mudah, terus goreng.....


Bahan-bahan:
3+1/2 cawan tepung gandum
1+1/2 sudu teh mauripan (5gm)
2 sudu besar susu tepung
2 biji kentang yang telah direbus
1/2 cawan air suam
1 biji telur gred B
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Gula castor untuk salut







Cara Membuatnya:
1. Gaulkan gandum, mauripan & susu tepung hingga sebati, ketepikan.
2. Blender semua bahan yang lain kecuali gula castor dengan blender bawang.
3. Tuangkan bahan blender kedalam adunan diatas, uli hingga tidak melekat & kenyal.
4. Bentukkan bulat, leperkan & buat lubang ditengah dengan menggunakan ibu jari @ boleh guna acuan donut.
5. Biarkan 1/2 jam @sehingga kembang, bolehlah digoreng dengan api yang perlahan hingga masak. Kalau nak simpan, goreng separuh masak, sejukkan & simpan dalam freezer.
6. Taburkan dengan gula castor diatasnya & siap untuk dihidang..

SUP DAGING BERKETUMBAR

Sup Daging Berketumbar


Bahan-bahannya:
300gm daging dihiris nipis
6 cawan air
1 biji bawang besar dihiris halus
1+1/2 sudu besar ditumbuk halus
1.5cm halia diketuk
1 keping asam keping
2.5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


Bahan hiasan:
Bawang goreng
Cili padi merah
Daun ketumbar





Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang bersama bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis hingga naik bau,
2. Masukkan air, daging & semua bahan lain, kacau sekejap, tutup periuk, perlahankan api & biarkan mereneh selama 30 minit@ sehingga daging empuk.
3. Angkat & sedia untuk dihidang.
4. Taburkan bawang goreng, hirisan cili padi & daun ketumbar sebagai hiasan.

TELUR GORENG DAUN KETUMBAR



Telur Goreng Daun Ketumbar

Bahan-bahannya:
2 biji telur gred A
3 tangkai daun ketumbar dihiris kasar
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


         


Cara Membuatnya:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk.
2. Masukkan semua bahan diatas, pukul dengan garpu hingga sebati.
3. Panaskan Minyak, goreng dengan api yang perlahan hingga keperangan.
4. Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
5. Angkat & sedia untuk dihidang

Monday, January 23, 2012

MASAK LEMAK KUPANG BERSAMA KULIT RAMBAI

Masak Lemak Kupang Bersama Kulit Rambai



Bahan-bahannya:
1 ekor isi ikan kembong dikisar/ditumbuk halus
15-20 biji/1/2 sudu teh lada hitam dikisar/ditumbuk halus
15 biji buah rambai diambil kulitnya
8 biji buah rambai diambil isinya
7 ulas bawang merah dikisar /ditumbuk halus
1000ml santan dari satu biji kelapa
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa


Buah Rambai

       


Cara Memasak:
1. Masukkan santan, bahan kisar/tumbuk, garam, gula & perasa. Sentiasa kacau hingga mendidih.
2. Masukkan kupang, kulit rambai & isi rambai, kacau hingga mendidih & kulit kupang terbuka.
3. Angkat & sedia untuk dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...