Karipap Sardin Bercarrot |
500gm tepung gandum
250gm planta/marjerin
sedikit air
Inti Karipap yang telah siap |
Bahan-bahan untuk inti karipap:
1 batang carrot dihiris dadu
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar dihiris dadu
1 sudu teh serbuk kari
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
Terapkan doh yang telah dicanai dengan bentuk acuan bulat. |
Canaikan kali kedua pastry yang telah diterap sehingga nipis |
Letakkan sedikit inti ditengah-tengah |
Lipat dua kulit karipap yang telah diisi dengan inti |
Karipap yang diclamp dengan tangan |
Karipap yang diclamp dengan garpu |
Cara membuat pastry karipap:
1. Satukan gandum, planta & air, uli sehingga doh tidak melekat.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil
3. Ambil satu bahagian doh, canai sehingga nipis.
4. Terapkan dengan acuan yang bulat mengikut saiz karipap yang dikehendaki.(Ummi guna penutup botol Nescaffe aje)
5. Ambil satu bahagian doh yang telah diterap, canai sekali lagi sehingga nipis,
6. Letakkan inti karipap ditengahnya, lipat dua dan bentukkan clamp samada dengan menggunakan tangan, acuan yang dah siap ataupun dengan garpu. Buat sehingga doh habis.
7. Panaskan minyak dalam kuali, goreng karipap tersebut dengan api yang sederhana.
8. Apabila karipap dah kekuningan, angkat, toskan & siap untuk dihidang.