Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang memohon laknat tidak akan diterima sebagai pemberi syafaat (bagi para pendosa) maupun sebagai saksi (atas dakwah para nabi Allah) pada hari kiamat. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Friday, March 2, 2012

UDANG GALAH MASAK SWEET SOUR

Udang Galah Masak Sweet Sour


Bahan-bahannya:
5 ekor udang galah diperap dengan lada sulah, garam & perasa (10-15minit)
1 biji bawang besar holland dimayang/cincang halus
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar tomato puree
1/2 jurai nenas dipotong kecil
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng & menumis.


       



Cara Membuatnya:
1. Goreng Udang hingga masak (kulit udang bertukar kemerahan). Angkat,  hidang atas pinggan & ketepikan.
2. Tumis bawang besar hingga naik bau, masukkan cili boh & tomato puree, kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan nenas, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati & hingga naik minyak.
4. Angkat & curahkan atas udang tadi. Hiaskan dengan daun salad & lada merah.
5. Sedia untuk dihidang.

2 comments:

  1. Salam..tak pernah lg try udang masak masam manis..good idea

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...