Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat r.hum bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina? Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa. (HR Baihaqi)

Random Hadith Widget

Sunday, March 25, 2012

SUP AYAM KETUMBAR

Sup Ayam Ketumbar

Bahan-bahannya:
1/4 ekor ayam dipotong kecil
1cm halia diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji tomato dibelah 10
1 biji bawang besar dimayang halus
1 sudu makan ketumbar ditumbuk halus
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
800ml air untuk merebus
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa (kiub pati ayam dsb.)
Daun ketumbar & bawang goreng untuk hiasan
minyak untuk menumis

         



Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang & biji pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, kacau hingga layu.
3. Masukkan ayam, kacau sekejap hingga separuh masak.
4. Masukkan air, halia, ketumbar, lada hitam, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati & biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan tomato, tutup api & angkat.
6. Sedia untuk dihidang bersama daun ketumbar & bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...