Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas(pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah. (HR Bukhari)

Random Hadith Widget

Saturday, March 17, 2012

NASI GORENG AYAM GORENG

Nasi Goreng Ayam Goreng


Bahan-bahannya:
1+1/2 pinggan penuh nasi putih sejuk
2 ketul isi ayam goreng dicarik-carikkan (Ummi guna bahagian dada)
5 tangkai cili kering dipotong & direndam air panas
1 biji bawang besar bombay (warna ungu/merah)
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji tomato dipotong dadu
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
sedikit air (optional jika perlu)
kobis dipotong kecil
minyak untuk menumis


     


Cara membuatnya:
1. Tumbuk cili kering bersama bawang besar hingga lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan tumbuk diatas bersama tomato, kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan ayam, sedikit air, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi bersama kobis, kacau hingga sebati & kering.
5. Angkat & hidangkan bersama daun salad, bawang goreng, hirisan tomato & daun sup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...