Bacalah Walau Sedetik

Dari Uqbah ibn Amir Al Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa sahaja dari kalangan orang Islam yang berwudhu' dengan sempurna kemudian mendirikan solat dengan penuh tawajuh yakni dia mengetahui apa yang dibacanya sehinggalah solatnya selesai, Allah akan mengampuni segala dosanya sebagaimana dia baru dilahirkan dari perut ibunya. (HR Hakim)

Random Hadith Widget

Saturday, March 3, 2012

MEE SEGERA UDANG

Mee Segera Udang 


Bahan-bahannya: (untuk 2 orang makan)
2 paket mee segera HarMee perisa udang (keluaran Ibumie)
2 ekor udang galah
2 biji telur 
1 biji bawang besar holland dikisar
3 ulas bawang putih dicincang
4+1/2 cawan air / secukupnya
1 sudu makan cili boh
1 sudu makan tomato puree
2 sudu makan sos cili
garam & gula secukupnya
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


Bahan hiasan:
Daun bawang
Daun Ketumbar
Bawang goreng
Tomato


       


Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, kacau hingga masak.
2. Masukkan cili boh, tomato puree & sos cili, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air udang , rempah asal mee segera udang HarMee, garam, gula & perasa(jika perlu). Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan telur (jangan kacau supaya telur tak hancur). Biarkan hingga kental.
5. Masukkan mee segera biar hingga 2 minit.
6. Angkat & hidangkan bersama hiasan daun bawang, daun ketumbar, bawang goreng & tomato.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...