Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT dan menarik pemberian juga kerana Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya. (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

Sunday, March 4, 2012

TELUR DADAR KICAP

Telur Dadar Kicap


Bahan-bahannya: (Telur dadar Goreng)
3 biji telur  
1/2 biji bawang besar dimayang halus
garam secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis (Ummi guna minyak bunga matahari)

Cara membuatnya:
1. Pukul telur bersama bahan-bahan diatas.
2. Panaskan minyak, goreng telur dadar hingga keperangan.
3. Angkat dan hidangkan atas pinggan.


Bahan-bahan untuk kuah kicap:
1 biji bawang besar holland dimayang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji tomato dicincang
5 sudu besar kicap lemak manis (Ummi guna brand Jalen)
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
sedikit air
minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, tumis hingga layu.
2. Masukkan tomato, kacau hingga layu.
3. Masukkan sedikit air bersama kicap, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
4. Angkat & tuangkan keatas telur dadar tadi.


         


Bahan hiasan:
Kulit tomato
Daun ketumbar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...