Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Lakukan solah seumpama solah perpisahan (sebagaimana seorang yang akan berpisah yakni solah kamu yang terakhir), dan seolah-olah kamu melihat Allah, dan sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu. (HR Ibnu Najar dalam Jami’us Saghir)

Random Hadith Widget

Saturday, March 17, 2012

SAYUR LEMAK JANTUNG PISANG BERSAMA TERUNG

Sayur Lemak Jantung Pisang Bersama Terung


Bahan-bahannya:
3 biji terung mini, dibelah 2, dikupas kulit & dipotong serong
4 biji jantung pisang mini, dibelah dua & dicelur dengan air panas hingga lembut
4 cawan santan kelapa
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji bawang besar bombay
2 biji lada besar merah/hijau
15-20 ekor ikan bilis
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa


           


Cara Membuatnya:
1. Tumbuk lada hitam bersama ikan bilis, apabila agak hancur masukkan hirisan bawang bombay, tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan santan bersama terung, bahan tumbuk diatas bersama garam, gula & perasa. Sentiasa kacau hingga mendidih.
3. Masukkan jantung pisang bersama lada besar, kacau selama 2 minit & angkat.
4. Siap untuk dihidang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...