Bacalah Walau Sedetik

Hadhrat Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang telah mengatakan dengan lidahnya suatu perkara yang benar, yang diamalkan selepas itu, maka Allah SWT akan menjalankan pahalanya sehingga Kiamat, dan di hari kiamat nanti Allah SWT akan menganugerahkan pahala yang sempurna. (HR Musnad Ahmad)

Random Hadith Widget

Sunday, March 25, 2012

PUYUH GORENG SAMBAL UDANG KERING

Puyuh Goreng Sambal Udang Kering

Bahan-bahannya:
4 ekor burung puyuh dibersihkan & dibelah 2, diperap dengan garam, serbuk kunyit & perasa 10-15 minit.
3 biji bawang besar holland dikisar
1 biji bawang besar dimayang halus
1cm halia dikisar
1 sudu makan udang kering dikisar
4 sudu makan cili boh
1/2 sudu makan pes asam jawa adabi
Gula melaka/nissan secukupnya
sedikit air (jika perlu)
garam secukupnya
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

      


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing, angkat & ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dimayang hingga naik bau & kekuningan.
3. Masukkan bahan kisar, kacau hingga rempah masak.
4. Masukkan cili boh, garam, gula melaka, bahan perasa,  asam jawa, & sedikit air, kacau hingga sebati & hingga pecah minyak @ berkilat.
5. Angkat & siramkan keatas puyuh goreng tadi. Hiaskan dengan daun kobis & daun pasley.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...