Bacalah Walau Sedetik

Dari Amr bin ‘Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Demi Allah! Bukanlah kemiskinan itu yang aku khuatirkan terhadap kamu, tetapi yang aku khuatirkan kepada kamu ialah dunia dilapangkan kepada kamu, sepertimana ia telah dilapangkan kepada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya sepertimana orang-orang sebelum kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Lalu dunia akan melalaikan kamu sepertimana ia telah melalaikan mereka. (HR Bukhari)

Random Hadith Widget

Monday, October 7, 2013

MEE GORENG SOTONG

 
Mee Goreng Sotong


Bahannya :
1kg mee kuning, dibilas bersih & ditoskan
1 biji bawang besar holland dimayang halus
4 ulas bawang putih ditumbuk kasar
6 ekor sotong dihiris cincin.
1 sudu makan pes cili maepranom
7 sudu makan kicap mee (kicap pekat)
2 sudu makan sos tomato
2 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Hirisan kobis secukupnya
Minyak untuk menumis


       

Caranya:
1. Panaskan Minyak, tumis bawang putih & bawang besar hingga layu.
2. Masukkan pes cili & sotong, kacau hingga masak.
3. Masukkan telur, kacau hingga beketul.
4. Masukkan kicap mee, sos tomato, garam, gula & bahan perasa. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan mee & kobis, kacau hingga sebati.
6. Angkat, hiaskan dengan hirisan daun ketumbar, bawang goreng, hirisan limau nipis & gulungan kulit tomato. Sedia untuk dihidang.

       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...