Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan satu jemaah untuk keluar ke jalan Allah SWT, mereka telah bertanya: ya Rasulullah! Malam ini kami pergi atau pun tinggal di sini dan pergi esok pagi? Baginda SAW telah bersabda: Adakah kamu tidak ingin untuk bermalam di salah satu kebun dari kebun-kebun syuirga? Yakni bermalam di jalan Allah SWT adalah seperti bermalam di kebun-kebun syurga. (Sunan Kubra)

Random Hadith Widget

Monday, October 7, 2013

KETUPAT SOTONG GULA PERANG

 
Ketupat Sotong Gula Perang


Bahannya:
1+1/2kg sotong (25 ekor) dibuang tulang lembut, dakwat hitam & gigi.
3/4 cawan beras pulut direndam dengan 1 cawan santan & secubit garam selama 1 - 4jam
2 cawan santan
6 sudu makan gula perang (moraless sugar organic)
3/4 sudu teh garam
6 helai daun pandan
4 keping hirisan halia dihiris halus
Sedikit bahan perasa jika suka
Pencungkil gigi Buloh


       

       

Caranya:
1. Sumbat sotong dengan beras pulut sebanyak separuh penuh ( jangan banyak sangat nanti pulut x masak)
2. Tutup balik dengan kepala sotong dengan menggunakan Pencungkil gigi. Buat sehingga habis.
3. Atur daun pandan didasar periuk. Susun sotong diatasnya.
4. Masukkan santan serta semua bahan yang lain.
5. Renehkan sehingga kuah pekat.
6. Angkat, Sedia untuk dihidang.


       





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...