Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit. (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Tuesday, October 15, 2013

AYAM SAMBAL KICAP GULA PERANG

 
Ayam Sambal  Kicap Gula Perang



Bahannya :
12 ketul ayam dibasuh bersih, digaul garam, kunyit serbuk & perasa dan digoreng hingga 3/4 masak.
2 biji bawang besar Holland dikisar
3 keping hirisan halia muda dikisar
1 biji bawang besar holland dimayang
4 ulas bawang putih diketuk
1 sudu makan pes cili maepranom
1 cawan kicap lemak manis ( Ummi guna Jalen Brand )
1 sudu makan sos tomato
2+1/2 sudu makan gula perang (Ummi guna organic molasses soft brown sugar)
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


       

Caranya:
1. Tumis bawang putih & bawang besar yang dimayang hingga layu
2. Masukkan bahan kisar, kacau hingga rempah masak
3. Masukkan pes cili maepranom, sos tomato, kicap, garam, gula perang & perasa. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan ayam & air, kacau hingga kuah pekat.
5. Angkat, hiaskan dengan daun bawang & belahan lada merah. Sedia untuk dihidang.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...