Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah SAW telah menukilkan satu firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi: Mana-mana hambaku yang semata-mata mendapat redhaKu mereka keluar sebagai mujahid, maka Aku memberi jaminan bahawa Aku akan memulangkannya ke rumah dengan pahala dan harta rampasan, dan jika Aku memanggilnya kembali, maka Aku akan mengampunkannya, merahmatinya dan akan memasukkanya ke dalam syurga. (HR Ahmad)

Random Hadith Widget

Tuesday, October 15, 2013

KERABU AYAM PAPRIK

 
Kerabu Ayam Paprik

Bahan-bahannya:
300gm daging ayam dipotong kecil
2 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 keping hirisan halia dihiris halus
5 biji cili padi ( kalau nak pedas dihiris)
3 helai daun limau purut dihiris halus
2 batang serai dihiris halus
2 sudu sos ikan
2 sudu pes cili maepranom
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


      

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga layu.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga sebati.
3. Masukkan ayam, kacau sehingga masak.
4. Masukkan sos ikan, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan serai, daun limau purut & cili padi. Kacau sekejap & angkat.
6. Hiaskan dengan tomato ceri & daun selasih. Sedia untuk dihidang.


       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...