Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, January 31, 2012

NASI GORENG DAGING REBUS

Nasi Goreng Daging Rebus


Bahan-bahannya:
150gm daging direbus dengan garam, halia & bawang putih, dihiris halus (Ummi guna lebihan lauk singgang daging malam tadi-dibasuh & dihiris kecil)
2 pinggan nasi putih sejuk
1 biji bawang besar holland dimayang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji tomato dipotong dadu
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar cili boh
4 batang kacang panjang dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, kacau hingga layu.
3. masukkan tomato puree & cili boh, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan daging rebus, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
5. Masukkan nasi, tomato & kacang panjang, kacau hingga sebati.
6. Angkat, & hiaskan dengan daun salad, bawang goreng, daun Sup & hirisan cili padi.
7. Sedia untuk dihidang.

2 comments:

  1. Assallamualaikum dan salam ukhwah Azilla.

    Wah best nye tgk nasi ni. Tak pernah buat lagi nasi goreng daging rebus. Nanti bila2 boleh try lah.. Buat pun tak a susah sgt kan. Tq berkongsi idea ni..
    Nanti Naz add Azilla di fb ye. Kita jadi geng di dapur..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, terima kasih kerana Naz sudi singgah,bolehlah kita berkogsi idea untuk masak....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...