Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Friday, January 27, 2012

NASI AYAM GORENG PANDAN

Nasi Ayam Goreng Pandan



NASI AYAM PANDAN


Bahan-bahannya:
3/4 bahagian ayam direbus bersama halia & 4 ulas bawang putih yang telah diketuk-Gambar 1
6 pot beras dibasuh bersih & ditoskan
2 helai daun pandan disimpul
2 biji bawang besar holland dimayang halus
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 sudu besar minyak untuk menumis (Ummi guna minyak bunga matahari & canola, guna planta pun boleh)
2 kiub Ayam
 
                                    Gambar 1                                                                   Gambar 2
       


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak/planta, tumis bawang besar bersama bunga lawang & buah pelaga hingga naik bau.(Guna    periuk nasi diatas dapur gas)-Gambar 2
2. Masukkan beras, kiub ayam, daun pandan & air rebusan ayam secukupnya, pindahkan kedalam tapak periuk elektrik. Tekan butang cook, biarkan hingga masak.




AYAM GORENG PANDAN


 
Ayam Goreng Pandan 

Bahan-bahan: 
3/4 bahagian ayam yang telah direbus
Kicap lemak manis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
6 helai daun pandan
Minyak untuk menggoreng
Serbuk lada hitam


 
Gambar 3


Cara Membuatnya:
1. Perap ayam bersama kesemua bahan-bahan diatas selama 1/2 jam.-Gambar 3
2. Balut & ikat ayam dengan daun pandan
3. Goreng sekejap sehingga masak (tak perlu lama kerana ayam telah direbus)
4. Angkat & sedia untuk dihidang bersama nasi ayam pandan diatas.


SUP AYAM BAWANG


Sup Ayam Bawang



Bahan-bahan: 
1/4 ekor ayam dipotong kecil
3cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
6 cawan air
2 biji bawang besar holland dimayang halus
3 ulas bawang  putih diketuk
1.5cm halia diketuk
2 biji bawang holland dibelah 8
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa/kiub ayam
Minyak untuk menumis


Hiasan:
Sedikit tomato dihiris halus
Daun sup & daun bawang
bawang goreng


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan air, ayam, halia, garam & gula, perasa & lada hitam. Kacau sebentar, biarkan hingga mendidih & ayam masak.
3. Masukkan bawang besar yang dibelah 8. Biarkan selama 2 minit,
4. Angkat & sedia untuk dihidang.
5. Taburkan daun sup, daun bawang, hirisan tomato & bawang goreng sebagai hiasan.


SAMBAL NASI AYAM PANDAN


Sambal Nasi Ayam


Bahan-bahan: 
3 biji cili besar merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 biji perahan air limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
5 biji cili padi merah


Cara Membuatnya:
1. Blender semua bahan diatas.
2. Sedia untuk dihidang bersama nasi ayam.


Hiasan Sampingan:
Bawang Goreng
Daun Salad
Hirisan Timun
Hirisan Tomato


*Hidangan lengkap nasi ayam goreng pandan=Nasi Ayam Pandan+Ayam Goreng Pandan+Sup Ayam Bawang+Sambal Nasi Ayam+Kicap Lemak Manis+Timun+Salad+Tomato

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...