Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, September 6, 2011

PUCUK PAKU GORENG RENCAH UDANG KERING

Pucuk Paku Goreng Rencah Udang Kering


Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk paku dipotong (ambil bahagian yang lembut)
1 biji cili besar dihiris serong
1 biji tomato dihiris dadu
1 sudu besar udang kering direndam dengan air panas.
1/2 biji bawang besar dimayang/ ditumbuk.
3 ulas bawang putih diketuk
Garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan udang kering, cili merah & tomato. Kacau sebentar sehingga tomato layu.
3. Masukkan pucuk paku, garam, gula & bahan perasa. Kacau sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidang.

KETUPAT SOTONG

Ketupat Sotong
Bahan-bahannya:
16 ekor sotong sederhana besar
1 biji santan pekat kelapa
1 cawan beras pulut yang direndam dengan santan & sedikit garam selama 1 jam.
1/2 sudu teh halba
1 cm halia dihiris halus
1 biji bawang besar merah dimayang halus
1 keping gula melaka
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
16 batang lidi sepanjang 4cm/ 1.5" yang ditajamkan hujungnya.




Sotong yang telah siap diisi pulut sedia untuk dimasak
Cara membuatnya:
1. Isi pulut didalam 1/2 badan sotong (Jangan isi penuh kerana pulut akan mengembang & menyebabkan ia tak masak jika diisi penuh).
2. Tutup  sotong yang telah diisikan dengan pulut dengan kepalanya, cucuk dengan lidi supaya tidak tertanggal. Ulang langkah yang sama sampai habis sotong.
3. Letakkan sotong yang telah siap diisikan dengan beras pulut kedalam periuk.
4. Curahkan santan diatasnya, masukkan semua bahan-bahan lain.
5. Tutup dengan tudung periuk, masak dengan api yang perlahan selama 10 - 15 minit/ sehingga masak.
6. Siap untuk dihidang.

Monday, September 5, 2011

UDANG SAMBAL LEMAK MANIS

Udang Sambal Lemak Manis


Bahan-bahannya:
20 ekor udang dibuang kulit
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji tomato dipotong dadu
1 sudu besar pes cili
2 sudu besar susu cair
1 cm halia dihiris halus
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit bahan perasa


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar & halia sehingga naik bau.
2. Masukkan pes cili & tomato, kacau sehingga cili masak.
3. Masukkan udang & susu cair, kacau sehingga sebati.
4. Perasakan masakan dengan garam, gula & sedikit bahan perasa.
5. Kacau sehingga masak.
6. Sedia untuk dihidang.

Thursday, August 18, 2011

BUTTER CRAB

Butter Crab

Bahan-bahannya:
5 ekor ketam, dibuang kulit cengkerang, dibersihkan & dibelah 2
10 biji bawang putih dicincang halus
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili kering dipotong serong
1/2 cawan susu segar/cair
1 biji telur
3 sudu besar butter/planta/marjerin
minyak untuk menggoreng ketam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa (serbuk@ kiub pati ayam/aji/dll)

Ketam yang telah digoreng


Bawang putih, cili kering & daun kari


Tumis bawang putih, daun kari & cili kering dengan butter
Cara Membuatnya:
1. Perap ketam bersama garam, serbuk lada hitam/putih & sedikit bahan perasa selama 15-30 minit.
2. Goreng ketam di dalam minyak yang panas sehingga masak.
3. Angkat, toskan minyak, hidang diatas pinggang.
4. Panaskan butter/planta/marjerin, tumis bawang putih bersama daun kari & cili kering sehingga kekuningan/ naik bau.
5. Masukkan telur & susu, kacau sehingga telur & susu bergentel .
6. Masukkan garam, gula & bahan perasa secukup rasa.
7. Kacau sehingga telur menjadi kekuningan seperti garing.
8. Angkat dan taburkan diatas ketam yang telah digoreng tadi.
9. Sedia untuk dihidang.

Thursday, July 28, 2011

Roti Frankfurter Blackpaper

Roti Frankfurter Blackpaper
Bahan-bahannya:
1 package Ayam Frankfurter -ada 5 batang (Ummi guna Ayammas)
5 roll roti gardenia
1 sudu besar butter @ marjerin untuk memanggang
Sos cili thai (ummi suka guna brand life @ besmark)
Mayonis
Salad sebagai hiasan

Fankfurter dipanggang dengan butter atas frypan

Cara Membuatnya:
1. Frankfurter dikelar, dan dipanggang dengan butter diatas frypan sehingga keperangan
2. Angkat & sedia untuk diletakkan diatas roti.
3. Roti disapu dengan butter@ marjerin didalamnya.
4. Letakkan daun salad, kemudian frankfurter diatasnya.
5. Tuangkan sos cili dan mayonis diatasnya.
6. Taburkan sedikit serbuk lada hitam diatasnya.
7. Sedia untuk dimakan.

GELAMA GORENG MASAK TAUCU

Gelama Goreng Masak Taucu


Bahan-bahannya:
6 ekor ikan gelama, digaul dengan garam kunyit & digoreng
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1 biji tomato dibelah 8
1 biji mentimun dipotong dua & dibelah 8
1 biji cili hijau dihiris
3 sudu besar taucu
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Sedikit air

Ikan gelama yang telah digaul dengan garam & kunyit


Goreng Ikan Gelama hingga garing

Bahan-bahan untuk masakan ikan gelama bertaucu

Tumis bawang merah, bawang putih & halia hingga kekuningan

Masukkan semua bahan-bahan lain

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih, bawang besar & halia sehingga kekuningan
2. Masukkan sedikit air, taucu & semua bahan-bahan diatas.
3. Apabila dah masak, tuang diatas ikan gelama yang telah digoreng tadi.
4. Sedia untuk dihidang.

Thursday, June 30, 2011

KARIPAP SARDIN BERCARROT

Karipap Sardin Bercarrot
Bahan-bahan untuk pastry:
500gm tepung gandum
250gm planta/marjerin
sedikit air

Inti Karipap yang telah siap


Bahan-bahan untuk inti karipap:
1 batang carrot dihiris dadu
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar dihiris dadu
1 sudu teh serbuk kari
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa

Terapkan doh yang telah dicanai dengan bentuk acuan bulat.

Canaikan kali kedua pastry yang telah diterap sehingga nipis

Letakkan sedikit inti ditengah-tengah


Lipat dua kulit karipap yang telah diisi dengan inti

Karipap yang diclamp dengan tangan
Karipap yang diclamp dengan garpu


Cara membuat pastry karipap:
1. Satukan gandum, planta & air, uli sehingga doh tidak melekat.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil
3. Ambil satu bahagian doh, canai sehingga nipis.
4. Terapkan dengan acuan yang bulat mengikut saiz karipap yang dikehendaki.(Ummi guna penutup botol Nescaffe aje)
5. Ambil satu bahagian doh yang telah diterap, canai sekali lagi sehingga nipis,
6. Letakkan inti karipap ditengahnya, lipat dua dan bentukkan clamp samada dengan menggunakan tangan, acuan yang dah siap ataupun dengan garpu. Buat sehingga doh habis.
7. Panaskan minyak dalam kuali, goreng karipap tersebut dengan api yang sederhana.
8. Apabila karipap dah kekuningan, angkat, toskan & siap untuk dihidang.

LAKSA KUAH LEMAK PUTIH


Laksa Kuah Lemak


Bahan-bahan:
1 paket laksa kering yang halus direbus & ditoskan.


Laksa kering halus cap Kampung


Bahan untuk kuah:
1 kg ikan sardin/selayang/kembong direbus, diasingkan tulang & dikisar halus.
2 biji santan kelapa
300gm bawang merah (anggaran), dikisar halus
2 keping asam keping
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1.5 keping gula melaka
Garam secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Ulam yang telah dihiris halus


Bahan untuk ulam:
1 biji mentimun dihiris halus
12 batang kacang panjang dihiris halus.
Taugeh dibuang ekor & kepala
Bunga kantan dihiris halus (kalau suka)
Daun Kesum dihiris halus (kalau suka)


Bahan untuk sambal cili:
Cili boh /Serbuk cili (dibancuh dengan air panas)
Garam


Cara Membuat Kuah:
1. Campurkan semua bahan untuk kuah kedalam periuk.
2. Masak diatas api yang sederhana, sentiasa kacau hingga mendidih.
3. Apabila mendidih, tutup api, sedia dihidangkan bersama laksa.
Sambal cili

Cara Membuat sambal cili.
1. Campurkan cili boh dengan sedikit garam.
2. Masakkan sekejap diatas api sehingga cili masak.
3. Sedia dihidang bersama laksa



*Juga dihidangkan bersama belacan & garam bagi masyarakat Kelantan.

Monday, June 27, 2011

ROTI PATAYA


Roti Pataya
Bahan-bahan:
2 keping Roti Sandwich Gardenia
1 biji telur
1 sudu marjerin/planta
Sedikit lada sulah
Kobis dihiris halus
sos cili thai (Life/Besmark)
Mayonis

Masak telur diatas frypan

Letakkan diatas telur

Roti & telur yang telah masak
Letakkan mayonis, kobis & sos cili diatasnya


Cara membuatnya:
1. Panaskan frypan, cairkan planta, masukkan  telur yang telah dicampur dengan lada sulah.
2. Gunakan api yang perlahan, letakkan roti diatasnya, bakar sehingga telur masak & melekat pada roti.
3. Angkat & sapukan mayonis di atas telur, taburkan kobis & akhir sekali letakkan sedikit sos cili.
4. Lipat 2 roti tersebut & sedia untuk dihidangkan.

Monday, June 13, 2011

MEE KUNING HAND MADE

Mee Kuning

Bahan-Bahan:
1 kg tepung gandum (dapat 2kg mee)
450 ml air
1 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit
Air untuk merebus
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Mesin untuk membuat mee (kulit karipap/kuew teow/laksa dsb)


Doh mee yang siap diuli (tekstur agak kasar)

Doh yang telah dicanai


Lipat doh yang telah digelek tadi menjadi lebih kecil


canai sekali lagi supaya doh yang dilipat tadi lebih nipis & muat untuk dimasukkan kedalam mata penggelek

Gelekkan doh tadi untuk menggunakan mesin mata rata


Buat berulangkali dengan menukar saiz mata mesin yang lebih kecil supaya doh lebih nipis

Taburkan sedikit gandum keatas doh yang telah nipis tadi


Masukkan doh tadi kedalam acuan mee (saiz mata mesin mestilah lebih kecil dari saiz sebelumnya)

Proses membuat mee sedang berjalan


Mee sebelum direbus

Rebus mee dalam air yang mendidih
Cara membuatnya:
1. Campurkan gandum, 450ml air, serbuk kunyit & telur, gaulkan hingga sebati.
2. Uli sehingga sebati (tekstur adunannya agak kasar supaya mee tidak melekat)
3. Canaikan sedikit-sedikit (agak-agak dalam sebesar penumbuk)
4. Masukkan kedalam mesin yang matanya rata (macam nak buat kulit karipap).
5. Lipat doh yang nipis tadi, canai sekali lagi dan masukkan kedalam mesin sekali lagi.
6. Ulang sekali lagi dengan menukar saiz mata mesin ke nombor yang lebih kecil.
7. Taburkan sedikit gandum diatas doh nipis tadi.
8. Tukar mata mesin ke mata mesin untuk membuat mee (saiz mata mesin hendaklah lebih kecil dari tadi)
9. Mee yang telah disiap direbus/ celur didalam air yang mendidih yang telah dicampur dengan minyak & garam.
10. Apabila mee telah terapung, angkat & toskan.
11. Mee telah siap untuk digoreng atau sbgnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...