Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah SAW telah menukilkan satu firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi: Mana-mana hambaku yang semata-mata mendapat redhaKu mereka keluar sebagai mujahid, maka Aku memberi jaminan bahawa Aku akan memulangkannya ke rumah dengan pahala dan harta rampasan, dan jika Aku memanggilnya kembali, maka Aku akan mengampunkannya, merahmatinya dan akan memasukkanya ke dalam syurga. (HR Ahmad)

Random Hadith Widget

Sunday, April 27, 2014

MUSHROOM SUP & GARLIC BREAD

 
Mushroom Sup & Garlic Bread


Mushroom Sup

Bahannya:
80gm cendawan butang putih dicincang halus
80gm cendawan butang putih dihiris kasar
2 cawan air
1 cawan susu (Ummi guna susu full cream dutch lady)
3 sudu teh tepung gandum dibancuh dengan 1 cawan air suam)
1 biji bawang besar holland dimayang/dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu makan butter (40gm)
1 sudu makan knorr cukup rasa @ 1 kiub ayam Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah @secukup rasa.


         

Caranya:
1. Cairkan butter, tumis bawang besar & bawang putih hingga layu
2. Masukkan cendawan, kacau hingga layu.
Masukkan air, susu, bancuhan tepung gandum, garam & serbuk lada sulah. Kacau sehingga mendidih.
3. Sedia untuk dihidang bersama garlic bread.





GARLIC BREAD

Bahannya:
Roti perancis 1 bantal dihiris serong @ roti sandwich gardenia
2 sudu makan soft marjerin/ butter
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit daun oregano


         

Caranya:
1. Gaul hingga sebati marjerin, bawang putih & oregano.
2. Sapu pada roti. Jika guna roti sandwich boleh dibakar menggunakan toaster..kalau guna roti perancis bakar menggunakan oven suhu 170°C selama 10minit..( kalau nak bakar guna toaster pun boleh tapi kena hiris nipis supaya muat toaster.



           


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...