Sandwich Telur Scramble |
Bahan-bahan:
15 keping roti sandwish
2 biji telur
2 sudu besar mentega/ marjerin
1/4 cawan susu segar/ susu sejat/ susu tepung yang dibancuh
3 sudu besar mayonis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam (kalau suka)
sedikit garam & gula
Telur yang telah discramblekan bersama susu & marjerin Inti Sandwich yang telah siap dicampurkan dengan mayonis & lada hitam |
Cara membuatnya:
1. Cairkan marjerin/mentega, masukkan telur & susu, kacau sehingga telur bergentel & sebati dengan susu. (Guna api yang agak perlahan)
2. Apabila agak kering, masukkan sedikit garam & gula.
3. Angkat, gaulkan dengan mayonis & serbuk lada hitam.
4. Sapu di atas kepingan roti.
5. Potong roti kepada 2@4.
6. Kalau nak hasil yang lebih cantik potong tepi roti.
7. Sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment