Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Wednesday, April 20, 2011

SAYUR LEMAK KACANG PANJANG

Sayur Lemak Kacang Panjang

Bahan-bahan:
1 ikat kacang panjang dipotong sepanjang 5cm/ 2inci (lebih kurang la..)
1 paket santan segera (50gm)/ 1/2 biji santan kelapa
15 ekor ikan bilis ditumbuk halus/dikisar/ boleh guna isi ikan mentah yang dibuang tulang & ditumbuk/dikisar
1 biji bawang besar merah ditumbuk halus/dikisar
7 biji lada hitam ditumbuk/dikisar/ 1 sudu teh serbuk lada hitam
Gula & garam secukup rasa
sedikit bahan perasa

Kacang Panjang yang telah dipotong

Inilah lesung batu namanya, kalau setakat nak masak sikit-sikit tak padan nak blender, lagi asli rasanya. Anak-anak zaman sekarang, semuanya nak mudah & nak segera sampaikan lesung batu pun tak kenal, @ tak ada pun kat rumah.

Bawang & ikan bilis yang telah ditumbuk

Campuran santan, bawang, ikan bilis & lada hitam


Cara membuatnya:
1. Masukkan santan, bawang, ikan bilis & lada hitam kedalam periuk.
2. Masak & kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan kacang panjang, garam, gula & perasa.
4..Kacau selama 3 minit @ sehingga mendidih sekali lagi.
5. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...