Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, May 9, 2011

UDANG GORENG KUNYIT

Udang Goreng Kunyit


Bahan-bahan:
25 ekor udang sederhana besar dibuang kulit
3 biji bawang putih ditumbuk/dikisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji tomato dibelah 8
1 biji bawang besar dimayang
1 biji lada merah dihiris serong
8 batang kacang buncis dipotong 1.5 inci (agak-agak aje panjangnya, tak payah le nak guna pembaris)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Sedikit minyak untuk menggoreng.




Udang yang telah diperap dengan garam, kunyit, lada sulah & bawang putih
Cara Membuatnya:
1. Perap udang bersama kunyit, lada sulah, garam, bahan perasa & bawang putih selama 15 minit.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau,
3. Masukkan udang yang telah diperap tadi, kacau sehingga udang masak.
4. Masukkan tomato, kacang buncis, lada merah & sedikit gula, kacau sehingga selama 2 minit.
5. Sedia untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...