Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, January 26, 2013

GULAI KUNYIT IKAN MERAH BERSAMA PERIA

Gulai Kunyit Ikan Merah Bersama Peria


Bahan-bahannya:
3 keping isi ikan merah (500gm)
4 cawan santan kelapa
2 biji bawang besar merah  dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
3 cm kunyit dikisar
3 keping hirisan lengkuas dikisar
7 biji cili padi
4 biji peria katak dibelah dua
7 biji tomato ceri dibelah dua
1 keping asam gelugor
1 sudu teh pes cili
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa jika suka


       

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali ikan merah, peria, cili padi & tomato.
2. Masak hingga mendidih, sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
3. Masukkan isi ikan merah, peria, cili padi & tomato.
4. Kacau selama 5 minit dan angkat. Sedia untuk dihidang.




NASI GORENG PEGAGA BERSAMA BEBOLA DAGING

Nasi Goreng Cendawan Bersama Bebola Daging

Bahan-bahannya:
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 genggam pegaga gajah dihiris halus (seperti nak buat kerabu)
7 biji bebola daging dibelah 4
2 biji telur
1 biji bawang besar holland dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan pes cili dalam minyak
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

           

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar, tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan Pes cili, kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga tidak melekat & hancur.
4. Masukkan bebola daging, kacau hingga masak.
5. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati,
6. Masukkan Nasi & pegaga. Kacau hingga sebati, kering & tidak melekat.
7. Angkat, sedia untuk dihidang.






CENDAWAN CRUNCH

Cendawan Crunch


Bahan-bahannya:
500gm cendawan kelabu, dicarikkan, dibasuh bersih & ditoskan
1 biji telur ayam
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 satu cawan serbuk roti (bread crumb)
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kari
sedikit bahan perasa
 minyak untuk menggoreng

           

            


Cara Membuatnya:
1. Gaulkan cendawan dengan telur sehingga sebati.
2. Satukan bahan salutan seperti tepung gandum, tepung beras, serbuk roti, garam, serbuk kari, serbuk cili & bahan perasa hingga sebati.
3. Ambil beberapa keping cendawan tiram, golekkan diatas bahan salutan sehingga  cendawan sempurna disaluti dengan tepung.
4. Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
5. Angkat, toskan minyak, sedia untuk dihidang.


            



Friday, August 17, 2012

MOO PHAD KHING (DAGING GORENG DENGAN HALIA)

Moo Phad Khing (Daging Goreng Dengan Halia

Bahan-bahannya:
300gm daging segar dihiris nipis
1 labu bawang putih dicincang halus (10 biji)
1+1/2 cawan cendawan telinga kera kering, direndam dengan air panas sehingga lembut & dihiris halus
1/2 biji bawang besar holland dimayang
1 rumpun daun bawang dipotong kasar (1'inci panjang)
5' inci halia dihiris halus (1/2 cawan)
1 biji lada hijau dihiris serong
1 biji lada merah dihiris serong
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
2 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

         


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan daging, kacau hingga bertukar warna (merah kepada kelabu)
3. Masukkan air, tutup dengan tudung periuk, perlahankan api, renehkan sehingga daging empuk dan air hampir kering.
4. Masukkan garam, gula, perasa, kicap cair, sos tiram, halia dan cendawan. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan lada merah, lada hijau, daun bawang & bawang besar, kacau selama 2 minit & angkat. Sedia untuk dihidang.

         


ROTI FRUNKFURTER BERKEJU

Roti Frankfurter Berkeju

Bahan-bahannya:
10 keping roti sandwich gardenia dipotong serong, dibuang kulit tepi
2 batang frankfurter (sosej) Ayam dihiris nipis (Ummi guna brand Ayamas)
4 keping cheddar cheeese ( Ummi guna chesdale) digunting halus
4 sudu makan mayonis
1/2 biji bawang besar dicincang halus
5 helai daun bawang dipotong halus
1 biji lada merah dibuang biji dan dihiris halus
Butter/ planta untuk memanggang

         


Cara Membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali roti.
2. Sapu bahan inti diatas roti
3. Panaskan sedikit butter/planta atas frypan, letakkan roti yang telah disapukan inti diatasnya. Bakar hingga keperangan. (Bakar guna oven pun boleh)
4. Terbalikkan supaya kedua-dua belah masak. (mesti guna kuali yang tidak melekat supaya inti pada roti tidak melekat pada permukaan frypan). 
5. Angkat, sedia untuk dihidang.

         




Tuesday, August 14, 2012

AYAM STEAM HALIA LEMON

Ayam Steam Halia Lemon

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong 2
1 sudu makan jus perahan lemon
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan sos tiram
1 batang serai diracik halus
4 ulas bawang putih dimayang halus
5 cm halia dimayang halus
sedikit garam & gula
sedikit bahan perasa

             

Cara Membuatnya:
1 Masukkan ayam didalam loyang @ pinggang yang tahan panas.
2. Masukkan semua bahan diatas ke atas ayam.
3. Kukus selama 20 minit (Ummi guna periuk tekanan Noxxa)
4. Angkat, hiaskan dengan hirisan daun bawang & lemon. Sedia untuk dihidang.



AIR BLACKCURRENT SELASIH

Air Blackcurrent Selasih

Bahan-bahannya:
Pekatan Jus Blackcurrent
Biji Selasih secukupnya (anggaran 1 sudu teh untuk 1 gelas)
Air masak secukupnya
Ais secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Bancuh jus blackcurrent dengan air semanis rasa.
2. Tambahkan 1 sudu teh biji selasih & ais secukupnya.
3. Sedia untuk diminum

Tuesday, August 7, 2012

KEREPEK POPIA NESTUM COKLAT

Kerepek Popia Nestum Coklat


Bahan-bahannya:
500gm kulit popia size 8.5'x 8.5', dipotong 3
2 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
1. Gulung kulit popia secara memanjang, hujungnya digam dengan telur. Buat sehingga habis kulit popia. (kulit popia hendaklah disimpan didalam bekas yang tertutup supaya tidak cepat kering & menjadi keras, ambil dalam kuantiti yang sedikit-sedikit, semasa proses membuatnya)
2. Gunting gulungan popia kepada saiz & bentuk yang dikehendaki.
3. Goreng dalam minyak yang banyak & api yang perlahan sehingga sedikit keperangan.
4. Angkat, sejukkan & toskan atas tissue towels. Salut popia yang telah sejuk dengan bahan salutan nestum coklat dengan goncang didalam bekas tupperware yang tertutup supaya sebati.
5. Simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan Salutan:
4 sudu makan nestum
3 sudu makan gula
3 sudu makan malt coklat (Ummi guna Oligo)
3 sudu makan susu tepung (Ummi guna Ducth Lady)

Cara Membuatnya:
1. Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga halus.
2. Tuangkan keatas popia yang telah digoreng didalam tupperware, goncang hingga sebati.

KEREPEK POPIA NESTUM HORLICK

Kerepek Popia Nestum Horlick

Bahan-bahannya:
500gm kulit popia size 8.5'x 8.5', dipotong 3
2 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
1. Gulung kulit popia secara memanjang, hujungnya digam dengan telur. Buat sehingga habis kulit popia. (kulit popia hendaklah disimpan didalam bekas yang tertutup supaya tidak cepat kering & menjadi keras, ambil dalam kuantiti yang sedikit-sedikit, semasa proses membuatnya)
2. Gunting gulungan popia kepada saiz & bentuk yang dikehendaki.
3. Goreng dalam minyak yang banyak & api yang perlahan sehingga sedikit keperangan.
4. Angkat, sejukkan & toskan atas tissue towels. Salut popia yang telah sejuk dengan bahan salutan nestum horlick dengan goncang didalam bekas tupperware yang tertutup supaya sebati.
5. Simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan Salutan:
4 sudu makan nestum
3 sudu makan gula
3 sudu makan horlick
3 sudu makan susu tepung (Ummi guna Ducth Lady)

Cara Membuatnya:
1. Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga halus.
2. Tuangkan keatas popia yang telah digoreng didalam tupperware, goncang hingga sebati.

NASI GORENG BELACAN BILIS

Nasi Goreng Belacan Bilis

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
4 tangkai kacang panjang dipotong kecil
Belacan sebesar ibu jari ditumbuk
1/2 biji tomato dicincang halus
1/2 biji bawang besar merah ditumbuk
1/2 cawan ikan bilis
1 biji telur gred A
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji lada merah ditumbuk, kalau nak pedas, boleh letak cili padi
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

          

Cara Membuatnya:
1. Tumis bahan tumbuk & tomato hingga naik bau & rempah masak.
2. Masukkan ikan bilis, kacau sehingga masak. Masukkan telur, kacau hingga berketul.
3. Masukkan garam, gula & bahan perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi & kacang panjang, kacau sehingga sebati, nasi kering & tidak melekat.
5. Hiaskan dengan telur mata, bawang goreng & hirisan lada merah. Sedia untuk dihidang.

          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...