Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila Allah menciptakan makhlukNya lantas ditulis di Lauh Mahfuz, Sesungguhnya rahmatKu lebih besar daripada kemurkaanKu. Tulisan ini berada di atas 'Arasy dihadapan mereka. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Wednesday, April 20, 2011

SAYUR LEMAK KACANG PANJANG

Sayur Lemak Kacang Panjang

Bahan-bahan:
1 ikat kacang panjang dipotong sepanjang 5cm/ 2inci (lebih kurang la..)
1 paket santan segera (50gm)/ 1/2 biji santan kelapa
15 ekor ikan bilis ditumbuk halus/dikisar/ boleh guna isi ikan mentah yang dibuang tulang & ditumbuk/dikisar
1 biji bawang besar merah ditumbuk halus/dikisar
7 biji lada hitam ditumbuk/dikisar/ 1 sudu teh serbuk lada hitam
Gula & garam secukup rasa
sedikit bahan perasa

Kacang Panjang yang telah dipotong

Inilah lesung batu namanya, kalau setakat nak masak sikit-sikit tak padan nak blender, lagi asli rasanya. Anak-anak zaman sekarang, semuanya nak mudah & nak segera sampaikan lesung batu pun tak kenal, @ tak ada pun kat rumah.

Bawang & ikan bilis yang telah ditumbuk

Campuran santan, bawang, ikan bilis & lada hitam


Cara membuatnya:
1. Masukkan santan, bawang, ikan bilis & lada hitam kedalam periuk.
2. Masak & kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan kacang panjang, garam, gula & perasa.
4..Kacau selama 3 minit @ sehingga mendidih sekali lagi.
5. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...